Assalamualaikum
& Salam 1 Malaysia.......
Awal
bulan Disember misi kami untuk menjejaki Bukit Broga akhirnya tercapai. Asyik
dengar pelbagai cerita dan gambar yang menarik dari kawan-kawan pasal Bukit
Broga. So, kami pun mencari maklumat melalui pakcik “google”. Bila dah tahu
hanya mengambil masa 30 minit perjalanan menaiki kereta dari rumah penginapan kami di Bangi.
Semangat semakin berkobar2, walaupun dah lama tidak mendaki (rasanya kali terakhir
mendaki 3thn yang lalu).
Ini serba
sedikit infomasi umum yang boleh dikongsi. Bukit Broga terletak di bahagian
Timur Pekan Semenyih, Selangor ukit Broga kini menjadi tumpuan orang
ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi pelancongan. Malahan
dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka
yang suka dengan aktiviti pendakian.Bukit
Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit
dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki Gunung Tok Wan.
Perjalanan kami bermula seawal 7.00pagi.
Sepatutnya lebih sesuai pergi sebelum matahari terbit supaya dapat melihat
matahari terbit bila berada di puncak Bukit Broga. Tetapi disebabkan terbabas
& penat, itu yang menyebabkan kami lambat bertolak. Mencari papan tanda masuk ke Bukit Broga yang kurang jelas so kena perhatikan dengan betul. Kepada yang hendak berkunjung laluan masuk ke Bukit Broga berhadapan dengan Ladang Arnab. Setelah tiba disana kena bayar parking RM2. Terdapat kawasan pakir diantara pokok kelapa sawit dan tempat rehat juga disediakan disini.
Pendakian
kami mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke atas Bukit Broga. Laluan pendakian
sudah tersedia bagi memudahkan pendaki untuk mendaki. Semasa hendak naik bertembung
dengan pendaki2 yang hendak turun. Dengan sikap tolerasi memudahkan kedua2
pihak untuk turun atau pun memberi laluan kami mendaki.
Alhamdulillah tiba juga pendakian
kami setinggi 880ft atas aras laut. Permandangan yang cantik dan indah
membuatkan hilang segala penat mendaki tadi. Kami rehat selama 30 minit sambil
mengambil gambar sebagai kenangan serta menikmati keindahan ciptaan Allah SWT. Walaupun
tidak dapat melihat matahari terbit tetapi keindahan yang dilihat tidak terucap
hanya dengan kata2….
Setelah rehat, kami pun turun semula
ke bawah. Sambil menuruni Bukit Broga kami masih bercerita tentang keindahan
yang dilihat. Semasa di Bukit Broga antara pendaki bukit tersebut yang kami
jumpa ialah golongan warga tua sehingga kanak-kanak seusia 3 tahun. Tamat sudah
misi jejak ke Bukit Broga. Harap bertemu kembali ke Bukit Broga.
Ada beberapa gambar kami untuk tatapan anda semua.
Peringatan buat para pendaki kemana
saja anda mendaki pastikan botol air, bekas makan dan apa saja bahan yang
dibawa pastikan bawa semula bersama anda. Ini bagi mengekalkan keindahan yang
sedia ada supaya tidak dipenuhi oleh sampah sarap yang anda sendiri tinggalkan.
Keindahan alam untuk dikongsi bersama selamanya.