Monday 22 December 2014

JEJAK KE BUKIT BROGA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.......

            Awal bulan Disember misi kami untuk menjejaki Bukit Broga akhirnya tercapai. Asyik dengar pelbagai cerita dan gambar yang menarik dari kawan-kawan pasal Bukit Broga. So, kami pun mencari maklumat melalui pakcik “google”. Bila dah tahu hanya mengambil masa 30 minit perjalanan menaiki kereta dari rumah penginapan kami di Bangi. Semangat semakin berkobar2, walaupun dah lama tidak mendaki (rasanya kali terakhir mendaki 3thn yang lalu).

Ini serba sedikit infomasi umum yang boleh dikongsi. Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor ukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi pelancongan. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki Gunung Tok Wan. 


            Perjalanan kami bermula seawal 7.00pagi. Sepatutnya lebih sesuai pergi sebelum matahari terbit supaya dapat melihat matahari terbit bila berada di puncak Bukit Broga. Tetapi disebabkan terbabas & penat, itu yang menyebabkan kami lambat bertolak. Mencari papan tanda masuk ke Bukit Broga yang kurang jelas so kena perhatikan dengan betul. Kepada yang hendak berkunjung laluan masuk ke Bukit Broga berhadapan dengan Ladang Arnab. Setelah tiba disana kena bayar parking RM2. Terdapat kawasan pakir diantara pokok kelapa sawit dan tempat rehat juga disediakan disini.

Pendakian kami mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke atas Bukit Broga. Laluan pendakian sudah tersedia bagi memudahkan pendaki untuk mendaki. Semasa hendak naik bertembung dengan pendaki2 yang hendak turun. Dengan sikap tolerasi memudahkan kedua2 pihak untuk turun atau pun memberi laluan kami mendaki.
            
         Alhamdulillah tiba juga pendakian kami setinggi 880ft atas aras laut. Permandangan yang cantik dan indah membuatkan hilang segala penat mendaki tadi. Kami rehat selama 30 minit sambil mengambil gambar sebagai kenangan serta menikmati keindahan ciptaan Allah SWT. Walaupun tidak dapat melihat matahari terbit tetapi keindahan yang dilihat tidak terucap hanya dengan kata2….

           
       
  









 Setelah rehat, kami pun turun semula ke bawah. Sambil menuruni Bukit Broga kami masih bercerita tentang keindahan yang dilihat. Semasa di Bukit Broga antara pendaki bukit tersebut yang kami jumpa ialah golongan warga tua sehingga kanak-kanak seusia 3 tahun. Tamat sudah misi jejak ke Bukit Broga. Harap bertemu kembali ke Bukit Broga.

Ada beberapa gambar kami untuk tatapan anda semua.









Peringatan buat para pendaki kemana saja anda mendaki pastikan botol air, bekas makan dan apa saja bahan yang dibawa pastikan bawa semula bersama anda. Ini bagi mengekalkan keindahan yang sedia ada supaya tidak dipenuhi oleh sampah sarap yang anda sendiri tinggalkan. Keindahan alam untuk dikongsi bersama selamanya. 

No comments:

Post a Comment